Thursday, 23 June 2011

********NYAH TOKSIN!********




selepas post shebbie berkenaan 'detox' tu...nampaknya sambutan sangat menggalakkan dan shebbie ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih...
 
shebbie sangat gembira dapat membantu anda dalam urusan ini kerna asalnya ia bukanlah perniagaan utama tetapi sebagai pendorong dan sebuah perkongsian saja tetapi alhamdulillah anda percaya dan mendorong shebbie meneruskannya maka shebbie akan teruskan juga pertolongan yang tidak seberapa nie...

kalu anda ingin membeli secara langsung dari mereka yang memang menjalankan perniagaan ini secara serius harganya memang agak boleh tahan juga tu dan kena beli secara pukal...banyak juga tu tidak kurang dari 5000 keping bagi harga yang sangat murah tetapi mahukah anda? 
shebbie hanya membantu anda yang hanya mahu bermula kecil-kecilan juga yang hanya mahu menggunanya sendiri maka setimpal juga harganya dan tidaklah perlu beli banyak-banyak...tetapi kalu mampu apa salahnya boleh juga terus order dengan harga yang sangat murah dari harga di pasaran...

shebbie akan sentiasa berada dibelakang anda bila bercakap soal perniagaan...sudah tentu shebbie dengan senang hati membantu apa yang terdaya dan melihat pada kemampuan diri shebbie juga...insyaAllah berkat kesabaran sudah ada yang mampu bergaya dari biasa juga sudah ada yang mula mengumpul aset berkat bimbingan dari shebbie...

ayuh! mulakannya dengan membuang rasa rendah diri juga rasa malu atau segan itu...beritahu shebbie apakah perniagaan yang anda inginkan...kalu mahu yang bagus sudah pasti bidang hartanah...tapi untuk memulakan sesuatu itu biarlah dari bidang yang sederhana dulu agar dapat membiasakan diri dalam bidang yang memang sangat mencabar kesabaran juga ketabahan anda..hehehehe...

yakinlah pada diri anda yang anda boleh melakukannya...yang penting jangan terikut-ikut mereka yang sememangnya agak tamak dalam mencari keuntungan...tidak lama kalu memulakan perniagaan sebegitu...apa yang kita mahukan ialah biar sesebuah perniagaan itu bertahan lama dan memberikan keselesaan buat diri kita juga keluarga kita...

tujuan kita berniaga nie biarlah dapat mendatangkan keuntungan dan dapat membuat simpanan biar sedikit tetapi dapatlah menabung untuk masa depan keluarga...kalu dapat untung RM30 simpanlah sebanyak RM10...insyaAllah anda akan sentiasa tersenyum lebar malah memungkinkan anda berasa tenang dan sabar...maka tiadalah stress melanda diri anda...PERCAYALAH!

bermula dari 'zero' itu lebih baik dari bermula dengan 'one' kerana cabarannya anda mungkin dipengaruhi oleh mereka yang tamak dan rakus akan wang anda...ermmm...memang ramai yang macam nie...berhati-hati itu selamat tetapi terlalu berhati-hati pun tidak memungkinkan kejayaan buat anda...


                                                    



back to top