Monday 18 July 2011

MEH NYAH TOKSIN!

ayukkk! demam yea...tu leee...kurang minum air 0! jangan lupa air 0 tu penting buat kita manusia nie...dah leee makan macam-macam...tak memilih plak tu...ermmm...ingat kawan-kawan...badan kita nie bukannya robot...guna terus-menerus hinggakan tidak memberi peluang untuk dia berehat...berikan yang terbaik pada sistem badan kita nie...hehehe...sebelum tu meh nyahkan dulu segala racun...kekotoran di dalam badan kita...


pentingnya nyah toksin nie...cuba dulu barulah dapat rasa perbezaan sebelum dan sesudah...pasti memberikan kelegaan pada diri anda...tak percaya ke...?


PASTIKAN DAN DAPATKAN YANG ORIGINAL

sebelum meneruskannya biarlah shebbie terangkan bagaimana membezakan yang asli dan tiruan akan produk ini...

untuk memastikan anda mendapat kesan yang maksimun...adalah dinasihatkan untuk mendapatkan Detox Foot Patch yang original...

Bagaimana untuk memastikan ianya original?!

Pastikan ada garisan empat segi pada bucu setiap pek. Untuk pek tiruan, tiada garisan pada bucu yang dapat diperhatikan...
GOLD DETOX ini lebih kuat kuasa serapannya dan lebih baik!

WHITE DETOX nie berfungsi membuang toksin bagi yang normal...kalu nak kurus guna yg GOLD DETOX!
GOLD SLIMMING FOOT Patch ini adalah dihasilkan berdasarkan pada produk Detox Foot Patch (white detox)...tetapi ditambah dengan kandungan tambahan yang membolehkan si pemakai menjalani proses penurunan berat badan...di mana ianya bukan sahaja akan dapat membuang toksin di dalam badan malah dapat menjadikan tubuh badan si pemakai lebih sihat dan bergaya (anggun) dengan adanya fungsi pelangsingan...ini bermakna toksin dan lemak berlebihan akan dikeluarkan melalui penggunaan Gold Slimming Foot Patch ini...

      

apabila diletakkan sedikit air pada patch...yang tiruan akan bertukar menjadi warna kehitaman...kelihatan ada lapisan yang berminyak dan kandungan akan kelihatan seperti terkeluar dan tidak sekata... sementara patch yang original...permukaan yang diletakkan air akan mengalami perubahan warna yang tidak terlalu ketara...kelembapan (air) akan diserap dan menjadikan permukaan lebih sekata dan lembut...

kandungan yang terdapat di dalam patch yang tiruan kelihatan lebih putih macam bedak serbuk tanpa sebarang rasa dan bau...yang original...kandungannya adalah dari buloh kering pada suhu rendah dan kelihatan berwarna kelabu dengan kandungan cuka yang secukupnya...

pelekat yang dibekal bagi produk tiruan adalah dari jenis pelekat untuk industri dengan permukaan yang keras dan tanpa ruang udara...manakala bagi yang original pelekatnya kelihatan lebih baik yang selalu digunakan bagi tujuan perubatan yang mempunyai ruang dan lubang untuk pernafasan serta anti-alahan...


anda tampal mengikut di mana yang anda suka dan rasa baik untuk anda...ini di bahagian tapak kaki kita...detox ini pun boleh ditampal di tapak tangan kita...cuba laaaa!

contoh cara pemasangan detox di peringkat awal! 

lekatkan di tapak kaki anda dan biarkan selama 6 hingga 8 jam...tanggalkan pelekat dan Detox & Slimming foot patch setelah anda bangun dari tidur pada keesokan harinya...teruskan penggunaan selama 7 hari untuk permulaan nyah toksin ini...



hasil atau kesan penggunaan GOLD DETOX!




hasil atau kesan penggunan WHITE DETOX!


hasilnya pabila Detox & Slimming Foot patch yang anda tanggalkan dari tapak kaki anda akan bertukar kepada warna hitam atau coklat gelap...bergantung kepada kuantiti toksin di dalam badan anda...tergantung pada kekerapan penggunaan...warna akan bertambah cerah...ini menandakan bahawa kuantiti toksin dan lemak berlebihan di dalam badan anda telah berkurangan...

ditahap ini...anda boleh mengurangkan penggunaan 2-3 kali seminggu...tetapi...INGAT! lebih kerap anda buang toksin lebih baiklah kesihatan anda!

Tanda- tanda toksin banyak dalam badan:

Kerap mengalami sakit kepala kiri...kanan...depan...belakang...
Badan berasa letih tanpa sebarang sebab sentiasa berasa lesu
Susah bangun tidur (malas gitu!)
Susah membuang air besar seolah macam sembelit leee...
Buasir bila meneran terkeluar...ermmm...
Bahagian keliling/lingkaran mata menjadi gelap macam mata panda
Bahagian kulit seperti bawah lengan...celah peha akan kelihatan gelap dari warna asal 
Banyak angin dalam badan bila tekan sikit bunyi 'erkk'!
Masalah alahan/alergi
Sendi-sendi tidak selesa...lenguh-lenguh gitu...
Masalah sinus  kerap bersin di waktu pagi sehinggakan berair-air
Masalah gout yang bila makan daging atau makanan laut ermmm...
Berat badan meningkat dengan pelbagai lemak kelihatan di sana-sini
Kehadiran selulit biasa di sekitar perut
Masalah jerawat yang tiada hentinya (muka berminyak!)
Berdiet tapi susah untuk menurunkan berat badan
Kulit sangat kering tiada kelembapan
...dan banyak lagi tanda-tandanya... 

Apakah kandungan utama Foot Detox Patch?
Wood Vinegar  70%
 Tourmaline 2%
 Chitosan  5% 
 Pure Silica 4%
 Silica 4% 
Eth ycene Glycol  5% 
Dextrin Cvieamin C  10%

Wood Vinegar
Ekstrak yang terhasil daripada proses distilasi (penyulingan) pokok Ubame Oak. Menggalakkan peredaran darah dan menghasilkan kesan osmotik yang membolehkan perpindahan toksin-toksin melalui lapisan membran sel. Secara langsung ini membolehkan toksin diserap keluar melalui liang-liang kulit pada tapak kaki.


Bamboo Vinegar (chikusaku)
Ekstrak yang terhasil daripada proses distilasi (penyulingan) pokok buluh. Menggalakkan peredaran darah dan membantu penyerapan keluar sisa-sisa buangan daripada tubuh badan.


Tourmaline
Sejenis mineral yang berupaya menghasilkan ion-ion negatif dan sinar inframerah jauh (far infrared). Terbukti berkesan dalam mengurangkan stress, meningkatkan ketajaman mental, menggalakkan peredaran darah dan menguatkan sistem imun tubuh.
Sinar inframerah jauh lazim digunakan dalam terapi haba (heat therapy) bagi membantu mempercepatkan penyembuhan kecederaan luaran atau dalaman.


Chitosan
Sejenis bahan yang dihasilkan daripada cangkerang hidupan laut (udang, ketam etc.). Bersifat anti-bakterial dan sangat berkesan dalam penyerapan toksin dan lipid (lemak dan minyak).


Dextrin
Sejenis karbohidrat yang menjadi medium pengikat semua bahan aktif, dan meningkatkan penyerapan toksin oleh Foot Detox Patch.
                                                                      
 

 AMARAN !
Bagi wanita yang sedang mengandung, dan yang sedang menyusukan anak, penggunaan Detox Foot Patch adalah tidak digalakkan.  

0 comments:

back to top